Cart 0
n1.JPG

DIA DATO TERLAJAK SENGAL

RM 24.00 RM 3,000.00


Dia..lelaki yang punya segalanya. Harta, pangkat dan kedudukan. Rupa paras yang mampu menggugat hati si gadis. Belum lagi dengan body ‘tilam kekabunya’ yang cukup untuk membuatkan si gadis dilanda angau.

“Makhluk apa ni Pija?”

“Inilah makhluk pembunuh, D.”

“Bukan orang utan ke?”

“Orang utan mana ada jambang yang ohsem macam ni. Inilah makhluk Tuhan yang paling seksi yang aku pernah nampak.”

“Ini bukan seksi Pija, ini seksa namanya..”

Namun, bila sengal seorang Dato’ Arjuna itu muncul, Irdina yang blur dan sopan juga boleh bertukar menjadi senget dan kuat menjawab demi melayan si sengal yang kadang-kala boleh bertukar menjadi mamat ketul ais.

“Betis yang tengah bunting tu tak payah nak tunjuk dekat orang. Orang tak terliur pun kalau tengah bunting macam tu.”

“Bukannya sengaja saya nak tunjuk, yang awak pergi pandang tu kenapa?”

“Kalau dah terpampang depan mata, semua orang pun akan pandang, Dina.”

“Awak saja yang pandang, bermakna awak jelah yang terliur dengan betis bunting padi saya ni. Cakap tak terliur, tapi pandang jugak.”

Itu baru seisi ‘beramah mesra’ antara si sengal dan si senget. Belum lagi si kecik bulat a.k.a M.R. Riezman yang turut menyelit bersama dengan sengalnya.

“Kenapa aunty tepung gomak pakai gaun kembang macam ni?”

“Cantik kan? Macam Puteri Elsa.”

“Tak nampak pun macam Puteri Elsa. Riez tengok dah macam lampu meja dalam bilik kerja daddy je.”

Bila anak buah dengan pak buah bergabung kesengalan, yang menjadi mangsa sudah pastilah si senget Irdina. Huru-hara hidupnya dalam melayan kesengalan yang mampu menyentap hati dan jantung. Belum lagi dengan sikap Arjuna yang sentiasa berubah-rubah. Sengal, sinis dan beku.

Sesungguhnya sengal itu ohsem, namun hanya ada satu di dalam kepala Irdina.



‘Kalaulah membunuh itu bukan satu jenayah berat.