Cart 0
1488054745_2641977_z

Di Sini Ada Dia

RM 24.00


Sakitnya bila cinta ditolak tetapi mengejar cinta hak milik orang lebih menyakitkan. Berundur lebih baik tetapi hati dia berubah keras. Tengku Ahmad Redza Tengku Ahmad Radzi terus menutup rasa mahu menawan cinta walau didesak mamanya.
"Kalau Redza betul-betul nak cari..."
"Stop it, ma! Jangan cuba nak jadi cupid. Jangan cuba-cuba nak atur blind date."
Selagi namanya manusia, ketentuan itu dari Ilahi. Yang dielak yang itulah juga sentiasa ditemui. Ariani Aris pemilik spa, taruhan terakhir si mama. Namun pertemuan pertama tak semanis pasangan lain.
"What the hell are you doing?"
"Maafkan saya. Terpaksa."
Pertemuan demi pertemuan walau tidak dirancang menimbulkan satu rasa dalam hati Tengku Ahmad Redza. Hinggakan tanpa disuruh dia sendiri cuba mendekati Ariani. Popcorn menjadi alasan untuk satu pertemuan yang dirancang.
"City Square. Malam ni pukul sembilan."
"Eh, tak pasal saya nak pergi."
"Popcorn dekat situ sedap. Boleh tengok wayang sekali."
"Tak apalah Yang Mulia Tengku Ahmad Redza. Kalau saya nak sangat makan popcorn tu, saya boleh buat sendiri."
Bila hati dah suka Tengku Ahmad Redza meluah rasa. Prinsip dia berterus-terang. Tak suka cakap belakang. Namun Ariani bermain tarik tali. Ada sesuatu yang menghalang si gadis.
"Errr..."
"Not until you tell me who did this to my Ariani."
Ariani pejam mata. Kenapa bicara lelaki ini membawa satu rasa dalam dirinya? Ya Allah, tolong kuatkan hati dia. Dia tak bersedia untuk menghadapi semua ini sekali lagi.
"Tengku, please?"
Penolakan? Sakitnya! Lebih sakit dari yang pertama. Kalau Ariani itu isteri orang, dia boleh terima bila ditolak mentah-mentah. Masalahnya Ariani bukan milik siapa-siapa tapi dia tetap ditolak. Silap siapa?