Cart 0
j.png

Di Bawah Cahaya Al-Quran Sepanjang Zaman

RM 26.60 RM 28.00


Al-Qur'an adalah kalamullah yang mempunyai nilai mukjizat yang tinggi. Ia diturunkan oleh Allah Ta'ala kepada hamba dan RasulNya Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam menerusi malaikat Jibril. Seterusnya diriwayatkan oleh para sahabat kepada Tabi'in sehingglah sampai kepada kita dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya adalah merupakan sebaik-baik ibadah dan tidak akan tertolak akan kebenarannya.

Al-Qur'an menjadi panduan hidup bagi semua manusia. Sesiapa yang mengikuti petunjuknya, maka akan sejahtera dan bahagia. Orang yang enggan menjadikannya sebagai panduan di dalam kehidupannya sudah pasti akan binasa.

Sebagai seorang Islam yang baik, sudah sewajarnay meyakini Al-Qur'an sebagai satu cara hidup yang terbaik dan boleh menjamin kebahgiaan di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, buku yang berada ditangan pembaca kali ini dapat membantu kita memahami betapa pentingnya Al-Qur'an sebagai satu dustur (perundangan) hidup kita di dunia ini supaya hidup kita mendapat rahmat di sisi Allah Ta'ala.