Cart 0
n11.png

DENGANMU LEBIH INDAH

RM 18.40 RM 23.00


Bertemu dan mengenali Firdaus yang pernah menyelamatkan maruahnya daripada gangguan Razman membuatkan hati Melissa jadi ceria.Apalagi mengenangkan sikap malu-malu Firdaus dengan sikapnya yang suka menggoda.

"Tak malu ke tengok body orang"-Firdaus

"Dah ada tayangan free, kita tengoklah.Nasib baik bahagian atas yang kita nampak.Kalau tayangan bahagian bawah pun,kita sanggup tengok tau!Lagi suka,lagi teruja!"-Melissa

Walaupun begitu,Melissa sebenarnya seorang gadis yang naif dan polos terutaman sekali bila melibatkan soal hukum agama.Hidup dalam keluarga Haji Musa membuatkan Melissa mula mengenal cara hidup Islam.Di sini dia mula belajar solat dan membaca al-Quran.

Akibat perbuatan khianat,Firdaus dan Melissa akhirnya terikat dengan perkahwinan.Namun,kewujudan Firdaus dalam keluarga Melissa tidak disenangi oleh Datuk Rafiq Husni.Begitu juga Jeffri,kerana menggangap Firdaus tidak sesuai untuk bersama Melissa.Tambahan pula,dengan pekerjaan Firdaus yang hanya menternak lembu dan kambing di kampung.

"Firdaus,aku takkan mengalah dengan kau!Aku akan dapatkan Melissa keran Melissa hanya  layak jadi milik aku,bukan milik kau!"-Jeffri

Namun,cinta Firdaus dan Melissa bukan cinta yang mudah kalah.Datanglah Jeffri cuba menggugat hubungan mereka atau Balqis di antara mereka,tetap cinta itu bertahan....