Cart 0
N167.png

Dari Orion Ke Polaris

RM 24.00 RM 30.00


Selepas enam tahun berlalu, bersama tekad itu Adriyana merancang untuk memulakan semula misi mencari Hakimi Adam Song, lelaki yang bersinar umpama bintang di matanya. Si bintang POLARIS.
Mustahil manusia hilang begitu sahaja di dunia ini. Bersembunyi mahupun tersembunyi, pasti Hakimi ada di mana-mana. Sekurang-kurangnya itu yang Adriyana harapkan. Namun, memulakan misi pencarian ini tidak semudah yang Adriyana sangka.
.
“Dah enam tahun dia hilang, Riyana. Tak ada jejak. Tiada khabar berita langsung!” - RAFIQ
“No news is a good news!” - ADRIYANA
“Riyana, berhenti berharap lagi! Apa yang kau harapkan kalau betul Hakimi masih hidup? Berharap yang dia dan kau akan bersama-sama? Kau dah lupa ke dengan apa yang dia dah lakukan kat kau dulu?” – RAFIQ
.
Selalunya Adriyana akan mengambil setiap nasihat Rafiq. Lagipula mereka sudah lama bersahabat baik. Tetapi tidak kali ini. Tidak selepas kemunculan beberapa klu dan petunjuk, seolah-olah memujuk Adriyana untuk tidak berhenti mencari Hakimi. Walaupun klu dan petunjuk itu datang bersama ancaman yang membahayakan nyawa Adriyana sendiri.
.
“Aku ada teori, mungkin kau ada sakitkan hati orang dan sekarang orang tu nak bunuh kau. Kemalangan tadi pula memang dirancang.” – ZARITH
.
Zarith, si jurugambar baru di tempat kerja. Kenal dengan Adriyana pun belum lama tetapi sudah pandai-pandai buat andaian yang menakutkan begitu. Peliknya Zarith ini, dia memberi satu perasaan aneh pada Adriyana, seolah-olah mereka sudah saling kenal sebelum ini. Siapa awak sebenarnya, Zarith?
Tekad, Adriyana tetap mahu mula mencari Hakimi. Walaupun mungkin pencarian itu akan membongkar rahsia mengejutkan yang bakal merubah apa yang Adriyana tahu sebelum ini.
.
“Jika Polaris yang selama ini kekal di langit utara tiba-tiba hilang. Lesap. Bagaimana? Apa yang perlu kita buat?” – ADRIYANA
.
“Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja hilang, pasti ada hijab yag menghalang kita daripada¬ melihatnya. Awak perlu singkap hijab itu.” - HAKIMI ADAM SONG