Cart 0
zzz1.png

Crush Aku Mr Chicano

RM 22.40 RM 28.00


Lelaki Melayu ke Mat Chicano? Itulah persoalan yang bermain-main dalam kepala Eva saat terserempak dengan Emir sewaktu transit di Los Angeles. Tidak sangka rupa-rupanya lelaki itu pelajar senior di universiti Eva dan crush bagi ramai gadis termasuk rakan baik Eva, Mira.

 

Sejak berjumpa Emir, Eva sering dilanda masalah. Kemuncaknya apabila Eva dan Emir terperangkap dalam lif. Timbul satu fitnah yang menyebabkan Eva dihalau dari apartmennya. Emir jatuh kasih kepada Eva dan mengajaknya berkahwin sebagai jalan keluar.

 

“Saya tak suka awak dan saya tak akan kahwin dengan awak!” - Eva Rose

 

“Berikan saya satu peluang dan saya akan buktikan yang saya adalah pilihan terbaik dalam hidup awak.” - Emir Sirhan

 

Namun, takdir TUHAN tiada siapa yang tahu. Bila perkahwinan itu terbina, lain pula cabarannya. Eva terpaksa membawa diri. Tiga tahun kemudian, dia kembali demi menuntut haknya. Hak yang bakal memisahkan mereka selama-lamanya. Biarlah Mr. Chicano kekal menjadi ex crushnya.