Cart 0
n2.png

Cinta Tersalah Alamat

RM 20.80 RM 26.00


“Lain kali nak parking kereta guna akal, bukan guna kepala lutut. Kalau dah tahu nak keluar lama tinggalkan nombor telefon. Taklah menyusahkan. Stupid!” – Raif Widad

Ditulis sebesar-besarnya pesanan itu kepada pemilik kereta yang menghalang keretanya. Puas hati bila dapat menconteng bonet kereta itu.

“Eh, awak ni memang samseng jalanan ke? Sesuka hati pecahkan cermin tingkap kereta saya tu. Tahulah kereta saya tu murah tak semahal kereta awak.” - Eshal

Perkenalan tragis antara Eshal dan Raif Widad meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Eshal. Dari jejaka idaman, lelaki itu menjadi musuhnya. Pantang nampak wajah Raif Widad, Eshal naik hantu. Namun, dalam mereka bertelingkah ada perasaan yang menjentik hati. Ada jiwa yang merindu dalam diam. Raif Widad, dulu kata benci, tup-tup tergolek cinta pulak.. bila dah jatuh cinta, sangguplah Si Raif Widad ni menyamar… nak memikat hati Eshal kan? Hasilnya memang lumayan bila Eshal menerima Raif Widad. Mereka bersatu juga sebagai pasangan suami isteri. Happily ever after? Ehh tak… Bila dah mulakan hidup sebagai pasangan suami isteri ni… banyaklah dugaan kecil, besar, menghantui Eshal dan Raif Widad.

“Kita boleh bahagiakah awak?”- Eshal. “Mestilah boleh sayang. Kita kan saling mencintai antara satu sama lain.” - Raif Widad

Saling mencintai, saling menyayangi. Cukupkah untuk dua jiwa menganyam bahagia? Sering terduga, sering derita. Kuatkah cinta mengatasi segala yang melanda? Mungkin kenyataannya pasti tidak seiring yang diinginkan.