Cart 0
g2.png

Cinta Pandang Pertama

RM 20.00 RM 25.00


“I don’t have a groom.” 

“I can be yours...”

“Setuju tak?” Sekali lagi Akhbar bertanya.

 

OMG! Adakah Akhbar sedang melamarnya?

 

Ditinggalkan di malam pernikahannya sendiri membuatkan Adalia tekad membawa diri ke bumi Kashmir. Tujuannya hanya satu. Untuk mengubati luka di hati. Namun, dia tak menyangka yang kedatangannya ke Kashmir bakal membuka cerita cinta yang baru dalam hidupnya. Pertemuannya dengan Akhbar yang secara tidak sengaja, berjaya membuahkan bibit cinta dalam hati Adalia. 

 

Akhbar, lelaki Kashmir yang mempunyai darah Melayu benar-benar membuatkan Adalia jatuh cinta lagi, buat kali kedua. Layanan Akhbar yang istimewa di mata Adalia, membuatkan Adalia turut merasakan yang Akhbar juga punya perasaan terhadapnya sehinggalah kemunculan Malika, sepupu Akhbar, menyentap Adalia daripada mimpi indahnya.

 

“Akhbar ada cakap tak yang kami bakal bertunang dan berkahwin tak lama lagi?” - Malika.

 

Justeru, Adalia ambil keputusan untuk kembali ke Malaysia, kembali ke dunia realitinya dan cuba untuk melupakan Akhbar. Baginya, Akhbar hanyalah pelangi yang muncul untuk memberikan sinar bahagia kepadanya di saat dia merasa sedih.

 

Sehinggalah pelangi itu menurutnya sehingga ke Malaysia...