Cart 0
1488051393_2057987_z

Cinta Paling Agung (Edisi Khas)

RM 25.00


“Bismillahirrahmanirrahim... Saya mengaku, apabila saya tinggalkan isteri saya Noramyza binti Mansor, selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut, padahal dia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu, tertalaklah ia dengan cara talak khuluk”.

~Lafaz Taklik
 

 

SIPNOPSIS

Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.

Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskia).

Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.

Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.

Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.

Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?

Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?
 

AKU TERIMA NIKAHNYA, bukan sekadar janji kepada si dia dan ibu bapanya, tetapi ikrar kepada Tuhan untuk jaga si dia dunia dan akhirat. Janji Khairi pada malam pertama, Amyza la wanita terakhir untuknya. Rumah tangga mereka tersangat indah pada awal perkahwinan. Amyza cantik, seksi dan merupakan isteri kebanggaannya. Khairi pula seorang yang kacak, bergaya dan berwang. Mereka punya anak yang comel dan bijak. Heaven! Semua orang cemburu. Entah apa silapnya, pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan, segalanya berubah. Tiada lagi syurga rumah tangga. Khairi sudah berpaling tadah. Katanya dia sudah bertemu bidadari suci yang mengisi ruang hati dan bidadari yang boleh bawa dia ke taman syurga yang sebenar. Lalu Amyza akan disingkirkan. 

“Kenapa abang? Kenapa?” - AMYZA 
“Abang bukan miang, Myza. Abang cuma rasa yang abang ni sudah tidak ada perasaan cinta lagi kepada Myza. Hari-hari rasa kosong!” - KHAIRI

Amyza nanar. Berpisah itu bukan kehendaknya kerana dia terlalu mencintai si suami. Segala usaha telah dilakukan, Khairi tetap tidak berubah. Betulkah perasaan Khairi telah tiada untuknya? 

“Sebelum berpisah, abang kena ikut syarat-syarat Myza…” tegas Amyza. 
“Whatever…” balas Khairi selamba.

Hati menyumpah! Tak kuasa untuk ulangi semula momen malam pengantin mereka. Semuanya sudah hambar. Pada saat genting akhirnya, Amyza mendapat idea baru untuk pulihkan hubungan. Ternyata ia membawa cahaya pada rumah tangga mereka. Tetapi mampukan idea itu mengembalikan perasaan cinta Khairi kepada Amyza? Bagaimana pula dengan bidadari sucinya? Temui segala jawapan dalam Cinta Paling Agung. Sesungguhnya cinta kepada Dia harus melebihi segalanya...