Cart 0
q1.png

Cinta Kerana Allah

RM 27.00 RM 30.00


Buku: Cinta Kerana Allah

Ustaz Pahrol Mohd Juoi


"Cinta itu suatu kuasa kerana ia terletak di dalam hati raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri manusia."


Untuk membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah tangga masing-masing. Sayangi seluruh ahli keluarga kita. Insya-Allah, apabila rumah tangga telah aman, masyarakat akan aman.


Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Ketika dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga.


Ribut dalam ‘cawan’ rumah tangga boleh mencetuskan bada ke seantero dunia. Justeru, Allah telah lama mengingatkan;” Selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api Neraka.” Untuk mengukuhkan hubungan antara dua insan yang bercinta, cinta Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya.


Begitulah dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredhaan Allah. Rumah tangga hakikatnya ialah gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan Syurga.


ISBN: 978-967-388-077-5

Halaman: 307

Terbit: 2012