Cart 0
1488053927_2438581_z

Cinta Infiniti

RM 20.80 RM 26.00


DALAM fikiran Farhani Idayu ketika melangkah ke Teguh Dinamik Holdings ialah untuk selesaikan praktikal dengan jayanya. Mamanya pun siap pesan lagi. Dapatkan segulung ijazah, bukan segulung sijil nikah! Tapi kalau dah orangnya cantik menawan, mana mungkin tak ada yang berkenan.

“Saya Umar Azharie, kerja kat tingkat 7. Belum berkahwin, errr...sedang mencari calon sesuai untuk dijadikan isteri. – Umar Azharie

“Jangan mengaku tak ada boyfriend, saya mengurat nanti tetiba aje kata ada boyfriend pula!” – Daniel Iskandar

Seorang arkitek bermata cantik, seorang lagi bos kerek yang boleh tahan kacak. Farhani Idayu memang pening kepala melayan kerenah mereka yang asyik ingin mendekatinya. Akhirnya, dia sedar bahawa nama Umar Azharie yang mula ada dalam hatinya. Lagipun, dia tak gemar dengan latar belakang Daniel Iskandar yang dianggapnya terlalu kaya.

“Betul Hani tak suka orang kaya? Maksudnya Hani sukalah orang biasa yang sederhana macam abang ni, kan?” – Umar Azharie

“Yalah. Hani tak suka orang kaya...” – Farhani Idayu

Namun, Farhani Idayu bagaikan tersepit saat Daniel Iskandar memintanya menjadi ‘pelakon' dengan watak sebagai bakal isterinya. Semuanya gara-gara nak elakkan diri daripada terus digilai Mazni. Farhani Idayu mahu tak mahu, terpaksa mengikut rentak bosnya itu. Takut pula tak lulus praktikal!