Cart 0
zzz1.png

Cinta Hati Mr Kekwat

RM 21.60 RM 27.00


Hafiz mempunyai segalanya. Seorang pengarah urusan yang kaya, kacak dan
mempunyai kekasih yang cantik yang bernama Nayla. Akan tetapi poyo, sombong, berlagak dan kekwat. Hanya seorang sahaja yang bijak mematahkan setiap kata-katanya. Maya. Seorang gadis yang bersaiz XL, suka makan dan banyak cakap.

“What! Awak save nama saya dengan… Mr. Kekwat? Are you mad, Maya?” - Hafiz

“Bila taip nama Encik Hafiz, saya tak jumpa button save. Sorry.” - Maya

Hidup mereka kemudiannya porak-peranda apabila kekasih hati Hafiz, Nayla mula
bermain kayu tiga. Bukan dengan orang lain. Tunang Maya sendiri iaitu Bakhtiar. Hafiz telah meletakkan segala punca perpisahan kepada Maya. Sedih? memanglah Maya merasa sedih. Tetapi dia kuatkan juga untuk melayani Hafiz dan tidak akan mengalah.

Masalahnya, keluarga Hafiz sudah mulai suka dengan Maya. Hajat hati sangat Maya
menjadi menantu mereka. Kahwin dengan Maya? Memang tidak! Sampailah dia cuba
menjodohkan Maya dengan Razaifi. Masalahnya, lain yang dirancang lain yang jadi. Pening! Sehingga satu peristiwa, hati Hafiz mula kendur dengan kebenciannya terhadap Maya.

“Saya tak nak minyak angin. Saya tak suka.” - Hafiz

“Tak pernahlah orang tolak minyak angin ni. Sapulah, Encik Hafiz. Buat hilang pening
tu.” -Maya

Masalahnya baru sahaja Maya nak menyulam sayang kepada Hafiz, Nayla datang semula
untuk menagih cinta Hafiz.


Siapakah yang bakal dipilih oleh Hafiz? Bekas kekasih hatinya atau insan yang pernah
dia benci?