Cart 0
cinta berbunga dusta.png

CINTA BERBUNGA DUSTA

RM 20.80 RM 26.00


Mengenali Daniel Huzair sebagai bos, Qismina Aliya asyik kecut perut. Selain dari suka marah-marah, kemahiran Daniel ialah membuli. “Qismi!” – Daniel. “Encik panggil saya ke?” – Qismina. “Habis tu, panggil siapa? Nama awak Qismi kan? Bukan Qisyu.” – Daniel. Bermula peristiwa di Sabah, sikap Daniel berubah. Kalau sebelum ini Qismina selalu kecut perut, tapi sekarang seperti ada rama-rama dalam perut. “Encik tak ada bakat buat kopi.” – Qismina. “Saya ada bakat buat awak teringatkan saya.” – Daniel. Bakat Daniel bukan hanya boleh buat Qismina teringatkan dirinya tetapi lebih daripada itu. Rasa yang tumbuh dalam dada untuk encik bos buatkan Qismina rasa terseksa. Daniel sudah ada Nina, si tunang a.k.a anak bos besar tempat mereka bekerja. Bagaimana boleh dia menyelit di hati lelaki itu. “Bantu saya buang segala rasa dalam dada saya.” - Qismina. “Bantu saya buang rasa sayang saya pada awak.” - Daniel Dan kesungguhan Daniel berjaya menyeret Qismina ke alam perkahwinan. Kahwin secara rahsia demi cinta yang sudah membara. Namun, semuanya hanya sementara apabila rumah tangga yang mereka bina goyah di awal perkahwinan. “You sepatutnya zip mulut you sampai I beritahu Qismina hal sebenar.”- Daniel. “Don’t blame mekalau pelan ni bermula atas idea you.”- Nina. “Ceraikan saya. Tamatkan semuanya.”- Qismina Apakah pelan yang dirancang oleh Daniel dan Nina sebenarnya? Benarkah Daniel betul-betul mencintai Qismina atau semuanya sudah dirancang sejak awal pertemuan mereka?


"Macam kita tak pernah serapat ni. Macam lah I tak pernah sentuh you macam ni? Ohh, sebab dah ada tangan halal yang manjakan you kan?” Kata-kata Nina itu seperti menyindir. Ketawa halus terletus di bibirnya.

”Don’t talk nonsense, Nina.” Daniel mengancing giginya,

menampakkan tulang rahangnya terketap menahan geram.

"Halalkan I, halalkan tangan I supaya I boleh belai macam mana dia belai you. I boleh buat you lupakan dia.” Nina merapat kembali. Sudah tidak hiraukan ada mata yang memerhati. Ada bicara halus yang mula berbisik di sekitar majlis itu.

”You’re totally insane, Nina.”

”I will do anything, Dan. Asalkan apa yang I nak, I dapat genggam. You kenal I macam mana Dan.” Nina usap lembut dada Daniel. Bibir masih tersungging senyum sinisnya.

"Apa yang you nak? It should be over bila I dah nikah dengan Qismina. I dah pilih dia.”

"You ada banyak pilihan lain. I bukan bercakap mengenai gadis yang you boleh pilih untuk you jadikan isteri tapi, I bercakap about our plan.”

"No such thing as our plan.” Daniel menyeringa. Dada bagai mahu meletup setiap kali hal itu dibangkitkan Nina. Buatkannya diburu rasa bersalah.

”Don’t be silly Dan. Dah kena belai dengan Qismina terus you jadi bodoh.”