Cart 0

CINTA ANUGERAH KEHIDUPAN - C.A.K.

RM 18.75 RM 25.00


Benarkan Aku Kembali
Oleh : Wanzz Aprilzz

"Hah, kejap lagi makanlah. Mak nak ke bilik dulu. Nak salin pakaian," ucap Mak Wati. Ketika mahu melangkah, Mak Wati tepuk dahi lalu menoleh memandang Wafa. "Hah, baru mak ingat. Tadi ayah Wafa kata yang selalu alunkan zikir kat masjid tu, anak Tok imam. Kata baru balik dari sekolah agama. Patutlah dah lama tak nampak kat kampung ni," ujar Mak Wati. Teringat perbualannya dengan suami ketika dalam perjalanan pulang tadi.

Wafa terpanar. Mulutnya melopong luas. Terkejut mendengar berita itu. Jemarinya terasa menggigil sebelum senduk di tangan terlepas ke lantai.

Hadoi, kenapa nih?