Cart 0
m2.png

Cinta Adik Manja

RM 20.00 RM 25.00


Benarlah penantian itu satu penyeksaan. Dek memungkiri sebuah janji, Nur menggelar orang yang paling disayanginya manusia munafik! Lelaki itu menghilang tanpa khabar berita bertahun-tahun lamanya. Kebisuan dan kehilangan lelaki itu memberi tamparan hebat buat Nur. Perasaannya buat lelaki itu semakin pudar dan tawar, tetapi dalam masa yang sama dia merindui lelaki yang pernah dianggap lebih sebagai seorang abang.

“Abah tipu! Tak mungkin manusia munafik tu bagi cincin dekat abah. Sejak dia pergi, dia mana ingat adik!” – Nur

“Marah dan benci. Sikit pun tak nak pandang Syam, mak. Siap cakap tak pernah kenal dengan Syam.” – Hisyam

Namun penantian berakhir selepas 7 tahun lamanya. Tanpa rasa bersalah, lelaki itu kembali dan ingin menunaikan janji yang telah diikat sewaktu pujaan hatinya masih mentah lagi. Dahulu, demi menyantuni adab terhadap orang tua, Hisyam terpaksa memungkiri janji terhadap Nur. Restu orang tua amat penting demi masa depan mereka.

“Cincin ini tanda abang tak pernah lupakan Nur. Cincin ini tanda abang sentiasa ada dengan Nur biarpun abang jauh beribu batu.” – Hisyam

“Adik tak nak dengar. Dan adik tak nak kahwin dengan Abang Hisyam. Tolonglah umi, abah. Adik benci dia. Adik tak suka dia!” – Nur