Cart 0
1488053767_2372868_z

CIK MURAI SAYANG CIK ABANG

RM 14.40 RM 18.00


Percaturan hidup yang tidak dapat diterima. Keduaduanya rasa terpaksa tapi ketaatan kepada orang tua menjadinpenghalang untuk masing-masing menentang. Kedua-duanya tidak saling mengenal namun benar kata orang, jodoh pertemuan itu rahsia Tuhan. Mereka bertemu tanpa dirancang dan tanpa mereka tahu status mereka.

Woi cik adik!”

“Assalamualaikum cik abang! Dah la langgar kereta saya, panggil saya pun ‘woi’ apa kes? Ni, habis kemik kereta saya. Awak ni tak reti ke yang saya tunggu dari tadi lagi? Ni parking saya la.” ~ Mia Qistina.

“Waalaikumussalam Cik Murai. Masalahnya sekarang awak yang langgar kereta saya. Kenapa pulak saya yang kena bayar ganti rugi? Lagipun tak ada tulis pun iniparking awak.” ~ Ikhwan Iqaan.

Siapa sangka pertemuan dalam keadaan kurang enak itu menimbulkan perasaan halus antara keduanya. Dalam pada mulanya tak rela, akhirnya bertukar menjadi sebuah perasaan yang indah. Namun, ujian datang menduga saat mereka bahagia melayari bahtera kehidupan. Ikhwan Iqaan sekali lagi dilamun cinta. Terlupa dia seketika pada si isteri yang setia menanti bersama sebuah kejutan. Apatah lagi apabila cintanya itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya akan ikat awak sampai bila-bila.”