Cart 0
N110.png

Cik Kimmy, I Love You

RM 20.80 RM 26.00


JEBAT: Irina, aku fikir aku ego dengan cinta. Benci untuk mengakuinya sebab aku tak suka. Tetapi mana tahu ego kau melebihi aku pula. Penat! Penat sungguh mengejar cintamu sehingga aku hampir-hampir berputus asa.

Pandanglah aku, Irina. Aku sangat cintakan kau. Aku tahu kau juga cintakan aku. Tetapi kenapa payah sangat untuk kau mengaku?

IRINA: Kerana kau, Jebat. Kau yang mulakan dulu. Kasarnya bahasa kau. Sinisnya apabila kau sindir ketika aku sedang dalam kesusahan. Menyampah betul aku dengan kau!

Tetapi hati ini… aku tak faham kenapa ia sangat degil. Aku benci dengan perasaan ini. Walaupun reaksi aku selalu membuatkan kau menyampah, tetapi dalam hati ini penuh dengan rasa cinta. Tetapi aku tidak mampu untuk membalasnya kerana dia. Ya, aku beralah demi dia….

Perkenalan pertama mereka berlaku dalam keadaan tidak begitu baik. Saling bercakaran dan sindir menyindir. Hakikatnya, dalam hati sudah ada debaran dan saling terpaut. Namun, masing-masing menafikannya. Apabila lelaki ego cair dengan si gadis ego, huru-hara dibuatnya

Ah, biarpun garang macam harimau, mana tahu dalam hatinya ada taman. Gadis hipster yang tangkas beraksi di gelanggang tae kwan do rupanya sukakan bunga. Cik Kimmy, I Love You!