Cart 0
zzz1.png

Cik Hanim Janda Berhias

RM 21.60 RM 27.00


Nama aku Hanim Mastura binti Ahmad Maslan. Abah aku bukan Ahmad Maslan bekas menteri Barisan Nasional tu ya. Abah aku bekas polis pencen. Pangkat pun rendah aje masa dia tamatkan perkhidmatannya dalam PDRM, cuma Koperal saja.


Aku bukan nak cerita pasal abah aku atau pasal Ahmad Maslan yang pernah beri rakyat Malaysia resepi nasi goreng tanpa GST tu, tapi aku nak cerita pasal diri aku sendiri. Cerita macam mana aku dapat gelaran janda berhias ni dan macam mana aku survive selepas aku kena cerai oleh jantan musibat tak guna tu. 

Banyak sungguh ranjau yang perlu aku tempuhi untuk menjadi isteri Zarul. Halangan yang aku terima daripada emak dia yang aku panggil mak lampir serta Kak long dia, si labu sayong anak dara tua yang tak henti-henti meroyan tu. Akhirnya kahwin jugak kami. Tapi...

"Hanim Mastura binti Ahmad Maslan,aku ceraikan engkau dengan talak satu!"

Tak sampai dua jam aku jadi isteri Zarul dia ceraikan aku di hadapan keluarga aku serta orang kampung angkara fitnah mak lampir dan labu sayong tu.


Lepas jadi janda, macam-macam dugaan yang aku terima. Umpat keji orang kampung jangan ceritalah. Kena goda dengan duda tua yang kemaruk hendak beristeri muda, kena serang sebab dituduh menggatal dengan laki orang, makan hati sebab kena paksa kahwin lagi walaupun aku baru jadi janda. Eh, macam-macam lagilah!!

Roslan Yuzairi Iqram-a.k.a Abang Lan sotong 

Abang Farid-Anak Cikgu Ehsan

Wak Sanusi-Duda gigi rompong 

Encik Hafiz-mamat rambut ketak 

Encik Halim-a.k.a buaya tembaga

Ini antara lelaki yang hadir mewarnai kehidupan aku. Mereka buat kepala aku jadi serabut, jiwa aku menjadi kacau serta perasaan aku bercelaru dan haru biru dengan tingkah mereka. Antara mereka berlima ini, siapa yang menjadi pilihan aku untuk menjadi suami? Zarul, jantan kabaret yang menyesal dan merayu-rayu untuk kembali semula pada aku atau salah seorang daripada lelaki-lelaki di atas tu?

Bacalah kisah aku, kalau hang nak tahu cerita hidup aku.