Cart 0
1488053855_2410599_z

CIK AYRIS CONGENIALITY

RM 21.60 RM 27.00


AYRIS, Lana dan Wardah…tiga sahabat yang akrab sejak zaman belajar. Apa sahaja masalah teman-
 
teman, Ayris pasti menjadi orang pertama yang menghulur bantuan sehingga digelar Miss 
 
Congeniality. NAMUN, pemergian Lana benar-benar buat Ayris menangisi diri sendiri… Amer, suami 
 
arwah Lana mengharapkannya…
 
“Ris, kalau you tak bahagia...  I akan menyesal seumur hidup I dan untuk apa perkahwinan kita 
 
ni kalau begitu caranya? I merayu pada you, bagilah I peluang sayang you.  Jaga you.  I berjanji tak akan 
 
ambil kesempatan terhadap you,” pujuk Amer.
 
 “I sayangkan Ayra.  Farhan tinggalkan I.  Daddy simpati pada you.  I terpaksa terima you!” Ayris 
 
mula menangis.
 
“I benci you sangat!  Sebab you, Farhan tinggalkan I.”
 
DEMI Ayra, Ayris pujuk hati menerima Amer. Namun, kecuaian Ayris pada suatu hari menyebabkan Ayra 
 
meninggal dunia. Rumah tangga mereka berkecai. Namun, Farhan si bekas kekasih sebagai ketua 
 
jabatannya sentiasa memerhatikan dan mengambil berat bagaikan menghidupkan nyawanya kembali…
 
“Serabutlah you ni.  Boleh tak sabar.  Lepas rombongan Farhan balik.  You boleh pergi.  Diorang 
 
bincang lama tu.  Al-maklum, nak bincang resepsi grand untuk Cik Janda dan Encik Duda...” Aida ketawa 
 
lagi.  
 
Ayris ketawa juga mendengar lawak kawan baiknya itu walaupun hatinya gundah.  Tiba-tiba 
 
Ayris menadah tangan. “Ya Allah, percepatkanlah perbincangan di bawah.  Aku ada hal penting ni.  
 
Amin.”
 
Aida geleng kepala. “Sabar I kata.  Kejap lagi naiklah bakal ibu mentua you tu.”
 
Telefon milik Ayris di atas meja solek tiba-tiba berbunyi.  Ayris yang sedang berdiri, berjalan laju 
 
untuk mendapatkan telefon bimbitnya itu.  Nasib tidak menyebelahi Ayris.  Dia jatuh terjelepok akibat 
 
terpijak hujung kain baju pertunangannya.
 
“Ya ampun, Ris!” Aida terjerit.
 
“Assalamualaikum...”
 
Ayris yang masih terjelepok mula panik. Apakah emak Farhan akan jadikan alasan ini untuk 
 
menolaknya?
 
 MAMPUKAH Ayris membina bahagia kerana emak Farhan tidak menyukainya yang janda dan Amer 
 
gunakan alasan Anggun, anak mereka untuk milikinya semula? Sentiasakah dia menjadi Cik Ayris 
 
Congeniality yang  menyenangkan rakan-rakan dan berkorban demi kebahagiaan orang lain?