Cart 0
01.png

Chinta Airis

RM 21.60 RM 27.00


Chinta Airis… Dia tidak dapat menerima perceraian antara Khalil dengan Melissa. Dia kecewa. Dia bukan sekadar kehilangan ibunya, malah abangnya juga. Oleh itu perkahwinan kali kedua Khalil dengan Marina juga tidak direstuinya. Baginya, Marinalah penyebab keruntuhan rumah tangga kedua ibu bapanya. Namun bagi Khalil ada satu rahsia yang tidak mampu dia ungkapkan kepada Airis.
Luaran nampak keras sedangkan dalaman Airis rapuh. Dia terus berlagak tabah tetapi sesekali dia rebah juga apabila kerinduan terhadap ibu dan abangnya bertandang. Kehadiran Dani, kawan baiknya yang sentiasa ada sedikit sebanyak telah menceriakan hidup Airis.
10 tahun terpisah, takdir telah menemukan dia kembali dengan ibu dan abangnya. Namun kebahagiaan yang dikecap tidak bertahan lama. Khalil telah mengeluarkan arahan agar dia menjauhi Melissa.
Kemunculan Reeza sebagai calon suami membuatkan Airis semakin memprotes aturan papanya.
“I jatuh cinta saat pertama kali I tengok gambar you. Entah, I pun tak tahu nak cakap macam mana, tapi itulah yang I rasa. Jantung I rasa macam tak stabil tiba-tiba. Berdegup kuat sangat…” – Reeza
Dan kehadiran Fareez, teman sepermainannya benar-benar membuatkan dadanya bergetar kuat. Rasa apakah itu? Dia keliru.
“Kalau saya cakap yang saya dah jatuh hati pada awak, agak-agak apa reaksi awak?” – Fareez
Lain pula bagi Dani, Reeza dan Fareez dianggap lawan dalam diam.
“Aku cintakan kau. Dah lama aku ada perasaan ni, tapi aku takut nak beritahu. Aku takut kau tolak dan jauhkan diri daripada aku kalau kau tahu perasaan aku ni.” – Dani
Satu per satu masalah menimpa membuatkan hidup Airis semakin huru-hara. Dan bagaimanakah dia menguruskan hatinya apabila ketiga-tiga jejaka mula meluahkan perasaan cinta? Dan siapakah yang berjaya merebut hati Chinta Airis? Apakah rahsia di sebalik perceraian kedua ibu bapanya?