Cart 0
j.png

Checkmate Novel Baru

RM 20.80 RM 26.00


HIDUP Arissara sempurna dalam keluarga yang saling menyayangi. Indahnya tak ubah seperti menari di atas garisan pelangi. Keindahan itu lengkap bila Han muncul.

“Saya tak ada bukti untuk buat awak percaya tentang cinta pandang pertama, Arissara. Satu-satunya cara adalah dengan cara ni…” – HAN

“Cara ni?” – ARISSARA

“Dengan jaga awak baik-baik…” – HAN

Arissara lupa. Indahnya pelangi hanya seketika bila dia akhirnya tiba di hujung cahaya. Dunianya menjadi kelam. Kepolosannya memamah hati sendiri bila dia dikhianati oleh mereka yang dia percayai. Han menjadikan cintanya sekadar jenaka yang kejam. Han mencintai kakaknya, Anashuha.

“Boleh Ris tahu biarpun satu sebab? Atau mungkin hanya satu alasan. Ris akan terima…” – ARISSARA

“Orang kalau dah tak nak… Dia tak perlukan sebab atau alasan…” – HAN

Han membuatkan dia sedar, hidup ini tak indah bagai yang disangka. Cuma, dia tak duga seteruk ini. Segala hinaan daripada mereka yang disayangi, membunuh jiwa sucinya. Arissara berlalu bila diusir dengan penuh hina tapi Han tak akan melepaskan dia pergi lantas mengikatnya dengan ikatan suci yang dia benci.

“Ris adalah cinta mati abang…” – HAN

“Bukan cinta mati, abang. Tapi, cinta yang dah mati!” – ARISSARA

Hati lembut itu menjadi sekeras tugu. Tapi, cara Han mencintai berbeza dengan yang lain. Dia telah hadapi banyak kehilangan, melepaskan Arissara adalah mustahil. Biarpun Arissara menderita, gadis itu harus ada bersamanya.

“Ris dah sedia tak suka abang, jangan buat sampai Ris benci abang…” – ARISSARA

“Jika dengan perasaan benci tu akan buat Ris ingat abang, abang pilih kebencian Ris andai itu yang buat Ris simpan abang dalam hati…” – HAN

Han korbankan segalanya demi wanita yang dia cinta. Tapi, Arissara terus menderita. Kerana itu Han pergi. Dengan syarat, Arissara perlu bahagia tanpanya biarpun mereka tahu, masa itu pantas berlalu. Mengikut aturan alam, melihat manusia melepaskan segala yang berharga.

Kerana takdir telah berkata ‘checkmate’ dalam perjalanan hidup mereka, Arissara sekali lagi berdepan dengan Han untuk buat mereka saling sedar, ketetapan itu tak dapat mereka elak jauh sekali menolak. Sekali lagi, Han menghulurkan tangan. Kuatkah Arissara menyambutnya?