Cart 0
q1.png

Cermin

RM 24.00


Cermin berbingkai kayu berukir motif flora itu ada di dalam bilik baru Dewi.Tanpa disedari, Dewi mula didampingi ‘sesuatu’ sejak dia memiliki cermin antik berbingkai kayu itu. Sesiapa yang menyebabkan hatinya tergores, insan itu akan menemui ajal. Awalnya, Dewi hanya menganggap apa yang berlaku hanyalah kebetulan. Tetapi, selepas perkara yang sama berlaku berulang kali, adakah ia masih boleh dianggap kebetulan?


“Petang tadi, masa aku bersihkan permukaan cermin antik tu, tiba-tiba cermin tu berkabus. Lepas tu, muncul perkataan yang aku tak faham.”

“Cermin? Cermin yang aku dengan kau duk gigih berangkut dari bilik stor bawah tu ke?” Siti ingin memastikan.


Selepas Hasrul mengkaji latar belakang banglo yang didiami oleh Dewi, rupanya banglo itu banyak menyimpan sejarah mistik. Cermin di dalam bilik Dewi adalah cermin Sri Muka yang boleh menunaikan segala pemintaan si pemujanya dan akan mengundang padah pada si pemuja jika tidak menuruti kehendak cermin itu.


Kematian Salina, Tasha, Liza dan Ikmal pula dikatakan ada kaitan dengan cermin itu. Hasrul yang boleh melihat makhluk dari alam lain turut diganggu. Apa sebenarnya yang ada di sebalik cermin antik itu?


Novel CERMIN ini bakal menjawab semuanya yang penuh dengan kisah misteri, semangat setiakawan dan keikhlasan cinta.