Cart 0
j.png

Cara Pantas Mengatasi Orang Yang Sukar Diurus

RM 11.40 RM 12.00


Interaksi dan komunikasi yang balk dan berkesan sesama insan sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Tidak dapat tidak, setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan corak sikap dan personaliti orang di sekeliling kita.

Kita mungkin akan berjumpa dengan orang yang keras kepala, sukar menerima pendapat orang lain, mudah berputus asa, suka membantah cakap orang lain atau terlalu sensitif. Pastinya, orang-orang yang mempunyai sikap sebegini akan mengganggu sedikit sebanyak proses perjalanan kehidupan kita dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Anda tidak perlu gusar dan runsing dalam berhadapan dengan orang-orang seperti ini kerana semuanya boleh diselesaikan apabila anda ada persamaan berkaitan dengan sistem nilai, persepsi, sikap dan cara mereka berfikir. Buku ini tampil mengupas dengan terperinci peribadi-peribadi manusia yang sukar diurus serta teknik-teknik pantas untuk menangani dan berhadapan dengan mereka. Semoga bermanfaat dan selamat membaca!