Cart 0
j.png

Cara Paling Mudah Bercakap Bahasa Arab

RM 11.40 RM 12.00


Anda sedang belajar Bahasa Arab dan ingin menambahkan lagi keyakinan anda dalam komunikasi Bahasa Arab? Atau mungkin anda merancang untuk berkunjung ke negara-negara di timur tengah atau menunaikan ibadah umrah atau haji? Tetapi anda tidak mampu untuk bercakap dalam Bahasa Arab. Malah untuk mengucapkan ucapan harian yang mudah seperti 'terima kasih, 'selamat pagi' pun masih keliru.
Usah risau, buku boleh anda jadikan sebagai panduan dan rujukannya.
Pendekatan buku ini lebih kepada perbualan Bahasa Arab yang biasa diucapkan setiap hari. Contohnya berkenalan, hobi, sekolah, jual bell, perbualan biasa di stesen pengangkutan awam, lapangan terbang, rumah sakit dan banyak lagi.
Dengan buku ini, anda mudah berkomunikasi dalam Bahasa Arab dalam banyak keadaan dan lokasi. Ditambah lagi dengan berbagai kosakata dan gaya ungkapan baru dalam Bahasa Arab yang menambahkan lagi keyakinan komunikasi anda.
Semoga dipraktikkan dengan penuh keyakinan. Selamat berkomunikasi dalam Bahasa Arab.