Cart 0
j.png

Cara Mudah Belajar Bahasa Arab Buku 1

RM 14.30 RM 15.00


Beliau adalah warganegara Malaysia, dilahirkan di Singapura pada tahun 1934, mendapat pendidikan awal di sekolah Arab Madrasah Al-Juneid Al-Islamiyah dan lulus sijil darjah Al-takhassus pada tahun 1954. 
Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Kolej Islam Malaya di Kelang, Selangor pada tahun 1955 dengan biasiswa Majlis Islam kerajaan Singapura dan lulus peringkat Sijil Tertinggi Kolej pada tahun 1960. 
Beliau menjadi guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor mulai bulan Jun 1962 hingga tahun 1978. Beliau kemudian dilantik oleh Kementerian Pelajaran sebagai Pegawai Kebajikan Pelajar di kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir pada bulan Jun 1978 hingga akhir tahun 1981. 
Setelah pulang dari Mesir, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah di Unit Kurikulum dan Bahasa Arab sehingga beliau bersara penuh pada bulan Oktober 1989. 
Beliau pernah mengikuti kursus intensif pengajaran Bahasa Arab selama 4 bulan di Universiti Al-Imam Muhammad di Riyadh, Arab Saudi pada tahun 1984 dan juga di Baghdad, Iraq pada tahun yang sama. 
Pada tahun 1990, beliau menjadi guru Bahasa Arab di Pusat Meterikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya hingga tahun 2002. 
Beliau pernah dilantik salah seorang penal penulis buku teks Bahasa Arab komunikasi Tingkatan Dua pada tahun 1995, dan juga sebagai salah seorang penal penulis buku teks Bahasa Arab komunikasi Tingkatan Lima pada tahun 2003. 
Ini adalah siri buku : (Learn Arabic by yourself) (Belajarlah Bahasa Arab dengan Usahamu Sendiri) untuk para penggemar bahasa Arab dari kalangan orang awam yang ingin belajar bahasa Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Dalam menyiapkan siri buku ini, penulis telah mencuba sedaya upayanya yang dapat bagi menitikberatkan perkara-perkara yang berikut: 1. Persepaduan antara kemahiran-kemahiran bahasa yang berlainan: Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis secara seimbang. Dengan penekanan diberikan kepada latihan perbualan dalam situasi yang berlainan pada peringkat permulaan .
2. Menyediakan kaedah latihan -latihan tubi berterus-terusail dan berulang-ulang dengan harapan supaya para pelajar dapat menggunakan buku ini dengan sendirinya.
3. Menitik-beratkan penggunaan bahasa hidup dengan bersandarkan bahasa terjemahan ia-itu bahasa Inggeris untuk membantu pelajar memahami buku ini dengan cara yang mudah.
4. Memperbanyakkan latihan-latihan dalam tata-tata bahasa Arab (nahu) dengan berpandukan nahu Bahasa Inggeris secara mudah dan pebagai.
5. Mengenalkan teks-teks petikan daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW, dengan penekanan diberi kepada lafaz-lafaz kebudayaan Islam supaya para pelajar menggunakan apa yang dipelajari untuk memahami agama.