Cart 0
j.png

Cara Mati Para Ahli Syurga

RM 13.30 RM 14.00


Kematian adalah rahsia Allah S.W.T. Tidak ada seorang pun manusia di dunia ini yang tahu bila, di mana dan bagaimana dia akan mati kelak. Adakah akan mati dalam keadaan Khusnul Khatimah atau dalam Su'ul Khatimah. Semua ini adalah rahsia Allah dan tidak ada seorang pun yang mampu mengelak daripada ketentuan-Nya.

Ramai orang yang semasa hidupnya di dunia beramal baik dan banyak melakukan kebajikan namun di akhir-akhir kehidupannya jatuh ke lembah kenistaan. Malah ada juga mereka yang terkenal dengan kejahatan dan bergelumang dengan dosa dan kemaksiatan namun di saat ajal menjemputnya dia telah kembali dalam keadaan suci dan diampunkan segala dosa-dosanya.

Semua itu adalah kehendak dan ketentuan Allah Azza Wa Jalla.

Buku ini menyajikan berbagai macam kisah benar yang penuh hikmah, tentang akhir kematian yang indah bagi mereka yang diberikan pertolongan oleh Allah S.W.T. Semoga rentetan daripada kisah-kisah ini, kita dapat mengambil hikmah dan berusaha untuk tetap berada di atas landasan-Nya sehingga ajal datang menjemput.

Naskhah bacaan yang sangat memotivasikan, penuh,inspirasi dalam meraih sebuah kehidupan dan kematian yang terindah dan diredai Allah S.W.T.