Cart 0
j.png

Cara Makan Rasullullah (SAW) -Makanan Sihat dan Berkualiti

RM 21.90 RM 23.00


Pada suatu hari Ibnu Umar (r.a) pernah berjalan lambat seakan sedang meniti di atas titian. Melihat itu, seseorang bertanya kenapa beliau berjalan lambat seperti itu. Beliau pun segera menjawab bahawa dirinya berjalan sedemikian, kerana mengikuti langkah di mana Rasulullah (s.a.w) melangkahkan kakinya di sekitar kawasan itu. Demikianlah para sahabat memutaba'ah Rasulullah (s.a.w) hingga cara melangkah dan tempat baginda berpijak di tanah sekali pun turut mereka ikuti.
Jadi, setiap muslim dituntut untuk mutaba'ah Rasulullah (s.a.w) dalam setiap aspek kehidupan, termasuklah mengetahui bagaimana cara baginda makan dan apa pula makanan yang menjadi kegemaran baginda yang tentunya makanan sihat dan berkualiti. Bagaimanakah cara Rasulullah (s.a.w) makan? Apa pula jenis makanan seharian baginda yang tentunya merupakan makanan yang sihat dan berkualiti?
Buku ini memaparkan kepada kita bagaimana cara baginda makan sekali gus memperkenalkan jenis makanan harian baginda. Dengan mengikuti pola dan cara pemakanan baginda diharapkan kita dapat hidup sihat dan berkualiti bagi memastikan risalah dan matlamat hidup kita pun berjalan seperti mana yang telah dituntut oleh syariat Islam.