Cart 0
n1.JPG

Calon Menantu Daddy

RM 27.20 RM 34.00


Jawatan kosong!!! Diperlukan segera!!!
- Calon menantu Tan Sri Megat Khalid.
- Kelayakan mestilah warganegara Malaysia, seorang lelaki, masih single, kaya-raya dan berkerjaya.

Kerana tekad untuk anak kesayangannya berubah, Tan Sri Megat Khalid telah mengambil tindakan mencari sendiri calon menantu untuk anaknya, Eleya. Satu banner besar digantung di hadapan bangunan pejabatnya. “Daddy! Kenapa nak malukan El macam ni? Apa maksud banner dekat luar tu? El malu tahu tak? Nampak macam El ni desperate sangat nak kahwin!” - Eleya “Salah ke apa yang daddy buat tu? Kan El yang suruh daddy cari calon suami untuk El? Cara ni aje yang paling pantas, sayang.” - Tan Sri Megat Khalid

Berita Tan Sri Megat Khalid yang ingin mencari calon menantu telah sampai ke pengetahuan Syed Thaqif. Dia yang sudah lama memendam rasa kepada Eleya terus mengambil peluang itu untuk menjadi calon menantu Tan Sri Megat Khalid. “Actually, I pun tertanya-tanya macam mana daddy boleh pilih you? Padahal you ni langsung tak ada kriteria yang I nak. Tak kaya pula tu. Low standard!” – Eleya “Saya tak sangka apa yang selama ni saya dengar tentang awak semuanya betul. Ramai orang cakap anak Tan Sri Khalid ni seorang yang berlagak sombong, angkuh, tak reti nak hormatkan orang tua, perasan cantik pula tu. But, I don’t mind, princess. Tak kesah la awak macam mana, yang penting saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak.”- Syed Thaqif “I tak cakap pun yang I setuju nak kahwin dengan you. Jangan perasan sangat. I takkan berkahwin dengan lelaki yang tak setaraf dengan I especially you, Mr. Thaqif.” – Eleya

Kerasnya hati Eleya untuk menerima calon menantu daddynya, tapi keras lagi hati Syed Thaqif dalam menjadikan Eleya suri hatinya. Bermacam cara yang dia lakukan untuk memikat hati Eleya, namun semuanya menemui jalan buntu apabila Eleya tetap dengan prinsipnya yang menjadikan wang ringgit sebagai keutamaan daripada cinta dan bahagia. 
Pada Eleya, dengan adanya wang ringgit, dia akan dapat memiliki apa sahaja yang diingininya. Keputusannya untuk menolak calon menantu daddynya