Cart 0
cabaran & isu semasa dunia.png

Cabaran dan Isu Semasa Dunia

RM 23.80 RM 28.00


Buku Cabaran dan Isu Semasa Dunia merupakan sebuah buku yang ditulis khusus untuk para pelajar di semua peringkat pengajian tinggi untuk memahami isu-isu penting yang berlaku di peringkat global. Tidak sekadar untuk tujuan pemahaman isu-isu global sahaja tetapi yang lebih penting ialah para pelajar dapat melihat perkaitannya dengan sistem pendidikan sesebuah negara. Buku ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri kerana kurikulum negara, khususnya di peringkat tinggi seperti di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti-universiti tempatan kini turut memberikan penekanan kepada perkembangan-perkembangan yang berlaku di peringkat global. Pemahaman yang sebegini akan menambahkan kematangan generasi pelajar sesuai dengan hasrat negara untuk melahirkan warga yang berjaya di pentas antarabangsa.

Pembahagian bab yang disusun dalam buku ini adalah seperti berikut:

Bab 1: Isu-isu Politik Dunia Semasa

Bab 2: Isu-isu Konflik Dunia Semasa

Bab 3: Isu-isu Ekonomi Dunia Semasa

Bab 4: Isu-isu Global dan Kaitannya terhadap Negara

Bab 5: Cabaran-cabaran yang Dihadapi Negara dan Langkah-langkah Menanganinya

Diharapkan buku ini memberikan sumbangan bermakna dalam pembinaan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan mempunyai elemen sedar akan perkembangan yang berlaku di pentas antarabangsa.