Cart 0
g1.png

Buruk

RM 18.40 RM 23.00


Nazman disahkan menghidap penyakit hypertrichosis melalui sudut perubatan moden. Tetapi, menurut Nek Mah, dia terkena sumpahan mawas yang diwarisi daripada datuknya.

 

"Apa pantang larang yang atuk langgar?"

"Atuk tertembak seekor ibu mawas yang sedang bunting hingga mati."

 

Beberapa orang model telah mati dibunuh dengan kejam. Sesuatu yang menjadi misteri ialah model yang dibunuh itu kesemuanya adalah duta iklan produk syampu. Kepala mereka dicukur hingga botak dan rambut mereka hilang.

 

"Syaratnya, kena bunuh sembilan wanita cantik dan ambil darah mereka. Kemudian sapu di seluruh tubuh dan muka. Cukup sembilan orang, semua bulu-bulu itu akan gugur dan hilang. Rupa kamu akan kembali ke paras asalnya."

 

Siasatan pihak polis menemui jalan buntu apabila tidak menemui klu yang boleh membawa mereka kepada penjenayah kecuali satu, lembaga yang membunuh itu menyerupai mawas