Cart 0
j.png

Bukan Hanya Sekadar Cinta

RM 19.20 RM 24.00


“Sampai seminggu ayah ambil cuti. Macam ayah pula yang berkahwin,” sakat Kamelia.
Dia menghampiri ibunya yang sibuk mengacau nasi goreng. Aroma bau nasi goreng udang membangkitkan selera makannya.
“Ibu, Lia buat teh ya. Kopi ayah dah ada, kan?”
“A’ah, buat aje teh. Tanya suami kamu tu nak minum apa? Kut-kut dia tak pandai minum teh, boleh buatkan air lain untuk dia,” suruh Puan Dahlia.
Ah, sudah! Ibunya pandai mengatur jalan untuk dia berbicara dengan Isa Rafael. Tahukah ibu yang dia sesak nafas berkongsi ruang udara dengan lelaki itu?
“Ibu, bukan semua orang Cina minum teh ke? Tak payah la...”
“Pergi tanya. Kamu ni banyak pula alasannya!” Puan Dahlia berikan kata putus.
Mahu tidak mahu, Kamelia terpaksa menurut. Kalau tidak, melayang semua sudip di atas kepalanya.
“Awak, awak pandai minum teh, kan? Saya buatkan teh, ya?” soal Kamelia bersahaja. Sedikit pun dia tidak memandang wajah itu.