Cart 0
q1.png

Bicara Iman Untuk Tenang

RM 18.00 RM 20.00


BICARA IMAN UNTUK TENANG

Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Setiap yang dilahirkan sebagai Islam, ada iman di dalam dirinya. Yang membezakannya, sama ada kita menggunakan dan mempraktikkan iman di dalam kehidupan seharian atau tidak. Iman perlu diraih.


Ya, Allah membekalkan kita dengan iman tetapi jika kita tidak istiqamah untuk cuba meraihnya masuk ke dalam budaya diri kita, mana mungkin kita boleh bertenang. Iman perlu dilatih dengan niat, solat, doa, zikir dan tawakal yang berterusan.


Buku Bicara Iman untuk Tenang ini sebagai santapan pemurnian iman anda. Melalui pembacaan kisah-kisah di dalamnya, insya-Allah akan menyentak diri kita peri pentingnya iman untuk bertenang.


Kelebihan buku ini adalah:

● Memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda

● Kisah-kisah yang disajikan disertakan dengan nasihat-nasihat untuk membentuk hati yang tenang

● Boleh menjadi wahana untuk mendidik dan melatih keimanan anak-anak remaja

● Boleh menjadi panduan dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian




Buku: Bicara Iman Untuk Tenang

Penulis: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Terbit: April 2016

Format: Kulit Nipis

Halaman: 296

ISBN: 978-967-388-235-9