Cart 0
zzz1.png

Benci: Benar-benar Cinta

RM 19.20 RM 24.00


“Kau ni siapa?’’ – Zara

“Aku? Insan yang tak bernama.’’ – Zairiel

Itulah detik di mana segala-galanya berubah dalam hidup Zara. Kehadiran Zairiel, rakan zaman kanak-kanaknya membuatkan lahir bibit-bibit cinta dalam hati Zara. Apatah lagi, Zairiel sering mengungkapkan kata-kata yang menggambarkan lelaki itu turut mempunyai perasaan yang sama dengannya.

“Dah lama dia nak balas dendam pada kau. So please, stay away from him.” – Taufik

Amaran Taufik tidak diendahkan. Zara terus hanyut dalam perasaan cinta yang tak bertepi. Tapi, kepercayaan Zara dikhianati!

“Ini hanyalah satu permulaan, Nurzara Anasuha. Selepas ni, lebih banyak kegilaan yang kau bakal saksikan. Yang kau takkan dapat lepaskan diri daripadanya, seumur hidup kau. Dan aku sendiri yang akan pastikan hal itu.’’ – Zairiel

Bermulalah episod duka baharu dalam hidup Zara. Hari demi hari, kebencian Zara terhadap Zairiel semakin membuak-buak. Dia tidak gentar untuk melawan Zairiel, walaupun pengakhirannya dia yang akan lebih sengsara.

Dugaan dalam hidup Zara semakin memburuk apabila Aiman dan Arissa hadir di antara dia dengan Zairiel. Satu demi satu salah faham timbul angkara Zairiel, dan Zara yang menjadi kambing hitamnya. Tapi, setiap perkara buruk yang berlaku membawa seribu satu hikmah buat diri Zara.

“Aku takkan jadi batu penghalang antara kau dengan Arissa. Bahkan, bila tiba saatnya nanti kau ceraikan aku untuk bersama dia, aku tetap gembira untuk kau. Aku akan rasa bahagia apabila kau bahagia walaupun kau suami yang tak bertanggungjawab. Cheater, liar, cold-hearted, feelingless. Yet, I still love you, Zairiel Ashraf.’’ – Zara

Akhirnya, rahsia kenapa Zairiel begitu berdendam dengan Zara terbongkar. Dalam sedih, Zara gembira. Tapi, kebahagiaan itu hanya sementara. Insan bernama Zara diuji lagi. Tragedi itu membuatkan hati Zara beku. Kosong. Kekesalan Zairiel tidak bertepi, tapi segalanya sudah terlambat. Masih adakah ruang kemaafan untuk Zairiel dalam hati Zara?