Cart 0
1488053770_2376386_z

BELUM PANDAI BACA AL-QURAN

RM 16.80 RM 21.00


TEKNIK CORDOBANA

Membaca al-Quran adalah kewajipan utama bagi seorang muslim setelah mereka mengimaninya.

Sayangnya, masih ramai umat islam yang sehingga hari ini masih lagi belum mampu membaca al-Quran. Ramai di antara mereka yang berasa malu untuk belajar al-Quran kerana menganggap perkara itu sudah terlambat. Ada juga disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak sempat untuk belajar dan sebahagian yang lain pula merasakan bahawa belajar membaca al-Quran itu sesuatu yang susah.

Adakah benar belajar al-Quran itu susah?

Pada awalnya ramai yang tidak percaya, namun Buku Membaca al-Quran Sistem 3 hari Metod Cordobana yang ada di tangan pembaca ini telah membuktikan betapa mudah dan nikmatnya belajar al-Quran sebagaimana yang telah dijamin oleh Allah di dalam al-Quran.

Berdasarkan pengalaman mengajar selama hampir 15 tahun dan penyelidikan yang dilakukan penulis, insya-Allah buku ini sangat sesuai bagi individu ingin segera pandai dan mahir dalam membaca al-Quran.