Cart 0
bangkitkan aku kembali.png

Bangkitkan Aku Kembali

RM 19.20 RM 24.00


100 tahun lalu SURI di bawa lari oleh MUSA di bantu oleh Mbah Timah ke negara seberang kerana tidak mahu dikahwinkan dengan penjajah Inggeris. Namun di Bukit Tinggi, Suri jatuh cinta pada HENDRA dan berkahwin dengan lelaki itu. Musa berdendam. Dia memohon pertolongan iblis yang dibela  oleh Mbah Timah. Pada suatu malam, Musa membunuh Hendra dan Suri. Namun dia terpaksa mengikut syarat yang di tetapkan.

 

“Syarat kedua, kepala dan tubuhnya harus di pisahkan. Ditanam berasingan. Darah dari kepalanya harus ditadah dan diberikan pada aku untuk santapan makhluk itu. Kalau ingkar, kau akan terima balasannya. Ingat Musa, aku mahukan kepalanya dan darah dari kepalanya. Kita sama-sama dari Seberang. Aku yang bawa kau dan Suri ke mari.” - MBAH TIMAH

 

Musa mungkir janji. Kepala Suri dibawa pulang ke tanah Melayu. Sejak itu Mbah Timah menjadi hamba kepada iblis peliharaannya. Anak Suri dan Hendra yang menyaksikan kejadian nekad untuk membalas dendam semua perbuatan Musa. Dia akan kembalikan kepala Suri kembali dibangkitkan jasadnya.

 

100 tahun kemudian, dendam masih bersisa. ZAKUAN yang membawa waris terakhir keturunan Musa sering diganggu. Percutiannya ke Bukit Tinggi merungkai satu misteri yang saling berkaitan. Makam di sebelah rumah moyangnya mempunyai pertalian. Satu titis darah Haida bersatu dengan kalung Suri tapi cuma mampu mebangkitkan jasad tanpa jiwa.


"Apa kena-mengena aku dengan semua ini? Apa kena-mengena anak aku dengan kematian kau?" - HAIDA

"Kerana... kerana anak kau adalah waris terakhir Musa... Iblis peliharaannya masih berlegar-legar. Apa kau mahu anak kau juga dibunuh macam aku?" - SURI 

Sejak itu mereka sering diganggu. Waris keturunan Suri tidak pernah berhenti membalas dendam sehingga Mahani, si anak kecil waris Musa menjadi galang gantinya.

 

Di manakah kepala Suri disimpan? Dan di manakah jasad Mahani ditanam? Tanpa kedua-duanya dendam tak akan terhapus. Tanpa kedua-duanya Zakuan dan Haida akan terus diganggu.