Cart 0
1488051393_2052808_z

Bang Guard, Security Hatiku

RM 22.40 RM 28.00


"Aku tolol kerana terkesima melihat tubuh sadomu. Sesungguhnya telaga cintaku telah kau isi dengan jampi pengasih ala Bollywood!"

MEMPEROLEHI cinta agung adalah sesuatu yang diimpikan setiap insan. Begitulah Sahora, dia berambisi cinta agung daripada lelaki yang bergelar kekasih.

“Aku sanggup menjadi abdi dek ketagih menghidu haruman cinta yang ada di seluruh tubuhmu.” SAHORA

Namun, bahtera cinta Sahora karam di tengah lautan apabila Hakimi yang penyayang kini berubah menjadi dajal durjana. Semua ini terjadi gara-gara Hakimi terpaut hati terhadap seorang gadis yang punya penampilan hebat mengalahkan model antarabangsa.

“Permainan kasih sayangmu terlalu indah berbanding Sahora. Nafasku menjadi sesak apabila kau menggauli diriku dengan nafas asmara.” HAKIMI

Kekecewaan Sahora menanggung kedajalan cinta Hakimi akhirnya terubat apabila muncul di sisi seorang security guard bernama Rauf. Sahora kini ditaburi rasa cinta bercirikan Bollywood yang penuh warna-warni dan gemerlapan.

“Saya kasi itu cinta sama awak serupa dalam filem Hindi juga. Kita lari-lari itu atas gunung, kemudian golek-golek sama-sama sampai bawah. Itu bunga seluruh taman saya beri, awak kasi semat itu hati.” RAUF

Hakimi mula sasau setelah mengetahui Sahora bermain cinta bersama Rauf. Dia mula memasang rancangan keji demi menjahanamkan pemuda berhidung mancung dan bertubuh sado itu.

Tetapi, Rauf tidak bodoh. Dia sudah bersedia. Apakah persediaan Rauf? Adakah dia akan menjadi pahlawan silambam yang sangat hebat, atau menjadi hero Hindustan yang kalis dipukul dan tak lut senjata walau diserang segerombolan penjahat? Semua itu terletak di tangan Rauf untuk mempertahankan diri.