Cart 0
bahagia yang tersimpan.png

Bahagia Yang Tersimpan

RM 21.60 RM 27.00


Wafie dan Iqbal, sama macam kucing dengan anjing. Sejak azali manusia yang bernama Iqbal tu kerjanya memang cuma mengganggu ketenteraman hidup Wafie.


“Umur dah boleh jadi mak orang tapi masih hodoh. Kalau macam ni, sampai bila pun orang tak nak kahwin dengan kau.” - Iqbal


Itu kisah dulu-dulu. Tapi lepas lama tak jumpa, tiba-tiba Iqbal muncul. Mengejutkan Wafie bila Tok Abah buat pengumuman, cucu lelakinya – Iqbal Uzayr dan cucu perempuannya - Noor Wafie, mahu disatukan. Lebih mengejutkan Wafie bila Iqbal terus setuju.


“Oh! C'mon Iqbal, kau bukan suka aku pun.” – Wafie


"Aku tak ada niat nak bantah rancangan Tok Abah. Dan tak, aku memang tak suka kau." Iqbal.


Tak suka, tapi setuju kahwin. Apa sebenarnya yang Iqbal mahu? Wafie pening memikirkan tapi atas nama Tok Abah, dia akur setuju.


Iqbal beri tempoh 8 bulan untuk mereka mencuba. Jika gagal, berpisah. Tapi bagi Noor Wafie, kegagalan itulah yang dia takut. Hidup sebumbung dengan Iqbal walau dalam tempoh yang singkat, hatinya diuji hebat.


"Saya cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak tapi rasanya tak cukup baik." Pipi Wafie dah basah.


"Kau dah jadi isteri yang cukup baik untuk aku. Cukup baik sampai aku rasa tak layak dapat kau." Iqbal tarik tubuh Wafie ke dalam pelukannya.


Apa yang terjadi selepas 8 bulan berlalu? Benarkah seperti apa yang Wafie tahu, Iqbal ‘gunakan’ dia untuk move on dari Ameera? Atau, mungkinkah ada rahsia lain yang Iqbal sembunyikan?