Cart 0
011.png

Bahagia Dosa Semalam

RM 20.80 RM 26.00


Disebabkan satu kejadian yang mereka gelar ‘malam berdarah’, hidup Ziyaad dan Qisya berubah sama sekali. Malam sama juga sudah merentap bahagia dari hidup mereka. Takdir, menemukan mereka 10 tahun kemudian. Layanan dingin Ziyaad pada Qisya berubah sebaik sahaja mengetahui identiti sebenar Qisya, perempuan cuba dijejakinya bertahun dulu. Semuanya demi menebus dosanya pada Qisya. 

“Aku bagi kau dua pilihan. Satu, kita kahwin. Dua, aku nak kahwin dengan kau. Yang mana satu kau nak pilih? Satu ataupun dua?” – Ziyaad
“Satu ataupun dua, masing-masing membawa pada satu maksud sama. Iaitu kahwin. Encik Bos dengan saya.” – Qisya
“Ya, Qisya. Aku nak kahwin dengan kau,” – Ziyaad

Sikap pasang surut Ziyaad membuatkan hati Qisya keliru. Tertanya-tanya sendiri, apa sebenarnya dimahukan Ziyaad. Paling penting, apa statusnya di hati lelaki itu?

“Apa jawapan kau? Terima lamaran tu? Untuk Harlena jadi madu kau?” - Ziyaad
“Kenapa? Dah tak sabar ke nak kahwin dengan kekasih awak tu?” - Qisya
“Cemburu?” - Ziyaad
“Cem...cemburu? Siapa cemburu? Pada siapa?” – Qisya
“Kau. Pada bakal madu kau.” – Ziyaad

Kemunculan semula lelaki dari kisah silamnya, membuatkan Ziyaad terjaga dari lena berulitkan bahagia. Tanpa sedar, dia mula membina tembok besar di antara dia dan Qisya. Malah, layanannya pada Qisya kembali menjadi dingin. Dia takut, andai rahsia disembunyikan sejak 10 tahun dulu akan sampai ke pengetahuan Qisya.

“Untuk apa? Untuk apa awak dekati saya, Ziyaad?” – Qisya
“Abang nak tebus dosa abang pada sayang. Abang tahu abang tak boleh betulkan apa yang dah berlaku. Tapi, setidaknya abang mahu tolong apa termampu. Abang mahu bahagiakan sayang. Abang mahu senangkan sayang.” – Ziyaad
“Dengan kahwini saya? Itu awak cakap nak tebus dosa awak?” – Qisya

Tanpa Qisya sedari, hati dan jiwa Ziyaad sedang berperang sendiri. Di antara rasa cinta yang mula berputik dengan tanggungjawab untuk menebus segala dosa silam pada Qisya. Apa benar, orang yang berdosa sepertinya tak layak untuk merasa bahagia? Mampukah Ziyaad mencipta bahagianya dengan Qisya?