Cart 0
j.png

Atasi Sakit Anda Dengan 63 Penyembuh Sampingan

RM 19.00 RM 20.00


Setiap penyakit atau kesakitan yang menimpa seseorang tidak akan wujud melainkan dengan pengetahuan dan keizinan Allah S.W.T. Ditimpakan dugaan dan cubaan dalam bentuk penyakit ini adalah untuk menguji seseorang hamba Allah itu. Sama ada hendak meninggikan atau menurunkan darjatnya serta memberikan pahala kepadanya. lni terserah kepada kita untuk menghadapinya, sama ada dengan rasa penuh ketakwaan dan kesabaran kepada Allah atau sebaliknya. Sekiranya kita menghadapinya dengan penuh kesabaran dan ketakwaan maka amat besarlah ganjarannya. Jika sebaliknya amat rendah darjat dan martabat seseorang manusia itu.

Setiap penyakit pasti ada ubat dan penyembuhnya kecuali mati. Dan kesembuhan itu pula adalah dengan keizinan Allah S.W.T. Ubat adalah usaha kita untuk mendapatkan kesembuhan dengan izin Allah S.W.T. Semoga dengan usaha yang kita lakukan dan doa yang kita panjatkan kepada Allah, insyaAllah akan diberikan kesembuhan kepada kita. Dan dengan nikmat kesembuhan itu kita akan lebih bersyukur, tunduk dan patut kepada Allah S.W.T.