Cart 0
1488051391_2002807_z

Asmara

RM 30.00


“Assalamulaikum Tan Sri.” 
Lelaki separuh abad dengan kepala yang botak di tengah itu hanya menjawab dengan anggukan. Dia melihat jam tangannya.
“Cari anak saya sampai jumpa.”
Wajah lelaki itu berubah, cari anak?
Pening kepalanya, sekarang ini dia bertugas untuk Tan Sri kah atau untuk anak Tan Sri? Dan pastinya tugasan itu langsung tidak ada kena mengena dengan keselamatan negara atau ancaman ke atas kepimpinan sedia ada. Ini bermakna, ia atas kapasiti portfolionya sebagai pengawal peribadi menteri tersebut. Namun atas rasa taat setia...
“Baik Tan Sri!”
Lelaki itu terus sahaja menghidupkan motorsikalnya. Ini bukan kali pertama dan bukan juga kali kedua berhadapan dengan gadis yang belum tentu gadis itu. Perempuan yang sombongnya tahap tujuh petala bumi, Angkuhnya tahap tujuh petala langit. Bencinya pada program-program keramaian yang banyak membuang masa terpaksa di hadap juga. Kota sudah pasti menjanjikan kemeriahan luar alam di tahun baru ini.
‘Sana sini pesta, sana sini maksiat. Hanya beberapa buah masjid sahaja yang diimarahkan dengan doa kesyukuran ambang tahun baru. Itupun pak ustaz-pak ustaz lebih meraikan sambutan maal hijrah, agaknya kalau bersekongkol dengan budak-budak muda ni raikan tahun romawi tak islamik agaknya.’
Dia terus bergumam sendirian. Tunggangannya dikekalkan laju demi mencari pemilik nama Nur Alfira.
“HEI, papa pun tak suruh aku balik, kau siapa nak arah-arah aku?”
“Balik!” Dia tegas memberikan arahan.
Gadis itu mengertapkan rahangnya, marahnya mula menguasai diri. Wajah lelaki dihadapannya ditenung dengan tajam.
“Kau jangan nak spoil majlis aku ye kalau kau tak nak susah.”
“Balik!” Dia tidak peduli amaran gadis itu.
“Bodoh! Kau ingat kau siapa nak arah-arah aku!” gadis itu terus beredar. Dia langsung tidak akur kepada arahan lelaki tersebut.
Tiba-tiba tubuhnya terpaling semula apabila tangannya direntap dengan kasar. Gadis itu terus terdorong ke hadapan apabila tangannya terus ditarik.
“Heiii apa ni?”
“Balik!”
“Lepaslah, sakit tangan aku!”
Namun kata-kata itu langsung tidak dipedulikan, sebaliknya lelaki itu terus menarik pergelangan tangannya.
Buk! Satu terjahan keras tiba-tiba mengenai sebelah pipi lelaki itu. Dia terteleng! Matanya tiba-tiba menangkap pandangan beberapa orang lelaki yang sedang memerhatikannya.
Masin rembesan darah di bibirnya mula terasa. Dia mengelap bibirnya lantas terus menarik tangan gadis itu.
Tiba-tiba dia dihalang oleh dua lelaki yang bertubuh kekar.
“Kau lepaskan dia sekarang.”
Lelaki itu mengeleng, lantas tanpa roman gementar, dia terus sahaja menarik tangan gadis itu.
Tiba-tiba ......