Cart 0
1488053853_2382809_z

ASALKAN DIA BAHAGIA

RM 29.00


“Kalau I lupa, tolong ingat.” Dia bersuara. 
“Pertama... I love you.” Nafasnya ditarik. 
Aku senyum. Diam menunggu kerana tahu ada
yang masih mahu dia luahkan.
“Kedua... I love you.” Dia pandang aku dan
aku menanti penuh sabar ayat yang seterusnya.
“Ketiga....” Dia hentikan di situ dan senyum.
“... I love you,” sambungnya buat keningku
terangkat sebelah.
“Berapa banyak ...”
“Sebanyak udara di bumi, sampai nafas
terhenti.” Dia memintas.

Aku senyum. Sebenarnya, aku bukan nak
tanya berapa banyak cinta dia pada aku tapi aku nak
tahu berapa banyak dia nak cakap ayat yang sama.
Kalau nak disukat udara yang ada, hanya DIA
yang tahu jumlahnya. Kalau nak tahu berapa panjang
tempoh hidup sebelum nafas terhenti, hanya DIA yang
mencatat segalanya.
Dari jemari, tangan Haris tiba-tiba merayap
naik ke lenganku. Mulanya aku biarkan saja tapi Haris
akan tetap kekal sebagai Haris yang tak akan lepaskan
peluang kalau aku berdiam.
“Haris!” Aku tepuk lengannya.
“You selalu suka buat I terrr....” Dia senyum.
“Banyaklah you punya „ter?. I nak sediakan
sarapan.” Aku cuba bangkit tetapi dia menghalang.
“Jangan cakap you nak sarapan yang pelik-
pelik pagi ni.” Aku jeling dia dan dia ketawa perlahan.
Dan ketawanya terasa lebih sejuk dari embun
pagi yang menitis masuk ke hati.