Cart 0
1488053550_2337906_z

Antologi Cerpen: Kepadamu Kekasih

RM 30.40 RM 38.00


Kepadamu Kekasih,

Arak-arak kelapa puan,
Tidak puan kelapa bali;
Harap hai padamu puan,
Tidak puan siapa lagi?

Begitu caranya kita memuji kekasih. Tulisnya yang baik-baik dan bahasanya yang indah-indah apatah lagi janjinya yang muluk-muluk. Kadang-kadang kita lupa yang menentukan semua itu tentulah Dia. Hanya pada-Nya kita pasrah dengan segala takdir...

Tika berkasih sayang kalau boleh, kita janjikan bulan dan bintang. Itu sahaja yang tidak tercapai dek tangan sesiapa: kekal di langit tinggi. Kita pertaruhkan harapan dengan sumpah merenangi lautan api. Mana mungkin si dia benarkan kita berbuat begitu: luas dan panasnya, menyeksa kamu wahai sang kekasih.

Lalu, biarkanlah naskhah ini berkenduri cerita, menjamu selera dengan 40 buah kisah daripada 40 orang pengarang. Tulisan mereka berbeza plot tentunya, dan juga muzik latar yang mengiringi. Usah bimbang melihat cerita cinta seseorang itu permulaan dan penamatnya bagaimana, tetapi berbahagialah dengan cerita cinta itu kenapa begitu jadinya, ya!

Namun, benarkah setianya kekasih itu sehinggakan...?

Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman;
Hendak mati di hujung kaku,
Hendak berkubur di tapak tangan.

Daripadaku Kekasih...