Cart 0
17ffa263-f2bf-483f-bbe8-f4fedf29e907.jpg

Andai Tiada Dia

RM 21.60


Jika ditanya tentang bahagia, Suri rasa dialah wanita paling bahagia. Punya suami yang mencintainya sepenuh hati, punya mentua yang sangat mengasihi. Tapi, kekurangannya sebagai wanita seringkali membuatkan hatinya menangis dalam diam.

Dia diuji ketika leka mengulit cinta yang sudah lam ditunggu, Haikal mula dilupakan. Haikal berjanji akan terus mengasihi, tapi Haikal mula berpalaing pergi. Hatinya luka bila kekurangan dan khilafnya mula dibentang Haikal. Ya, memeang dia tidak sempurna sebagai isteri.

" Suri ralit curahkan kasih sayang kepada dia sehingga Suri lupa yang abang ni suami Suri, abang perlukan perhatian Suri. Tapi Suri abaikan keperluan abang, Khilaf abang Suri nampak, khilafnSuri bagaimana pula?" - Haikal

"Dalam ramai-ramai wanita dalam dunia, mengapa harus dia?" - Suri

Dugaan datang lagi, tatkala dia baru menerima hakikat yan dia sudah kehilangan Haikal. Hadirnya 'dia' terpaksa Suri rahsiakan. Dalam pelarian demi melindungi 'dia' , Suri bertemu semula dengan lelaki yang prnah membantunya iaitu 'Falah'.

Rhasia yang disimpan akhirnya diketahui Haikal tanpa sengaja. Haikal datang menuntut hak, menuntut untuk menjalankan tanggungjawab.

Suri bingung, Di sana Haikal, di sini Falah. Haruskah dia menjadi seorang ibu yang memetingkan diri seperti mana yang dituduh Haikal, atau memilih untuk mencari bahagianya sendiri?