Cart 0
n1.png

Andai Mampu Ku Gapai Syurga Myra Ameer

RM 23.20 RM 29.00


Kerana fitnah, kasih sayang seorang ibu dipertaruhkan dan maruah seorang anak diperjudikan. Kerana fitnah itu juga kisah hidup seorang Nur Hanina Aira berubah. Dia dibuang dan terbuang.  “Aku dah anggap kau macam anak kandung aku, jadi takkan aku tergamak nak rosakkan anak sendiri? Kau tu yang tak henti-henti nak goda aku.” - Salihin  “Kau kemas kain baju kau dan pergi berambus dari rumah aku! Aku tak ada anak derhaka macam kau!” - Kamariah  Kekecewaan itu membuatkan dia leka dan lalai sehingga berlaku satu peristiwa yang membuatkan dia tersentak daripada lamunan. Sejak itu hidupnya ibarat jasad yang tidak bernyawa dan seperti kapal yang menanti karam. Kehadiran Lyn membuatkan keinginannya untuk hidup marak kembali tetapi titik hitam yang menghancurkan hidupnya tetap setia mengekori membuatkan dia tekad menjauhi cinta dan menyendiri.  Perkenalannya dengan seorang duda yang kacak lagi bergaya bernama Ir. Azrul Fahim telah membuka mata dan hatinya. Sikap lelaki itu yang matang, tenang dan bersahaja membuatkan dia senang......