Cart 0
aminah tempo.png

Aminah Tempo

RM 22.40 RM 28.00


HARRAZ AHMAD , seorang photographer yang menerima bos baru di departmentnya.  Bos barunya itu bernama AMINAH TEMPO. Nampak garang dengan gaya bos yang bossy tapi bila dah kerja sekali, baru dia tau bos dia tu memang sporting. Keluar bekerja rasa macam berdating pulak. Err, tapi dia sesorang je rasa macam tu. Maklumlah, lelaki lepas 30-an yang kesunyian ditinggal awek.
Itu hal bos boleh tinggal kat pejabat la. Pening-pening layan karenah bos balik rumah dia akan relaks.
Cuma boleh ke dia nak relaks bila rumah kosong sebelah rumahnya dihuni orang? Pulak lagi bila  jiran barunya itu macam firaun perangainya, suka test enjin superbikenya pagi-pagi buta.
Superbike itu jugak dikenal pasti nyaris melanggarnya di parkir bertingkat bangunan pejabatnya.
Sakitn hati membuatkannya tekad memburu lelaki superbike itu.
Masalahnya…
Kenapa ketika dia menerjah muka pintu rumah jiran barunya itu, yang muncul di depan pintu itu seorang perempuan cantik yang sangat dikenalinya?
AMINAH TEMPO!
Rasa macam degup jantung dah mula lari tempo. Rasa tak jadi nak belasah jiran barunya itu sebaliknya rasa nak pecah dinding pemisah rumahnya dengan rumah sebelah!
“Tak ada arahan untuk awak datang ke sini, cari saya dan ungkapkan cinta!”~AMINAH
"Tak perlu arahan sebab lepas saya jabat tangan dengan Haji Tempo tu, tempo hidup awak akan berubah. Saya akan jadi suami awak, jadi  bos awak!"~HARRAZ 
Manisnya menyulam cinta bersama Aminah namun  cerita cinta mereka tak selamanya pada tempo yang sama.  Saat teruji,  bertahankah mereka berpaut  pada rentak yang indah semata? Akan mampukah mereka menyusun kembali tempo agar lagu cinta mereka terus sempurna sekali pun Aminah telah mengungkap segala rahsia yang tersimpan utuh selama ini? 
 “Saya dah lepas dan tinggalkan  semua perasaan.”~HARRAZ
“Termasuk  melepaskan cinta Meen?”~AMINAH
Aminah nanar, Harraz menghindar. Saat mereka dipertemukan kembali, ada rasa yang tidak bisa terungkap. Hanya cinta dan rindu tanpa ada lagi prasangka kerana bagi Harraz, siapa pun Aminah itu, seluruh rasa yang ada padanya  telah teruntuk buat Aminah Tempo @My Lovely Lady Boss!
 “Saya cuba lepas dan tinggalkan semua perasaan namun tetap juga ia tertinggal di sini. Di hati seorang Aminah!”~HARRAZ