Cart 0
c1.jpg

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Beserta Hukum Tajwid

RM 69.90


Penulis: 

  • Prof. Madya Dr. Hj. Abd Rauf Bin Tan Sri Hj. Hassan

 

Kelebihan Al Quran ini:

  • Mempunyai 3 kod diwarnakan latar belakang (background) sebagai panduan bagi Waqaf dan Ibtida'
  • Menggunakan tanda waqaf mengikut mushaf Madinah terbaru.
  • Terdapat 5 warna teks bacaan untuk penggunaan Tajwid.
  • Disertakan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin.

 

Fungsi 3 Warna:

WARNA MERAH

Bagi ayat berwarna merah, pembaca boleh memberhentikan bacaan (Waqaf) di akhir perkataan yang berwarna merah dan memulakan semula bacaan (Ibtida') di awal perkataan yang berwarna merah.

 WARNA HIJAU

Bagi ayat yang berwarna hijau yang terletak di hujung ayat yang berwarna merah, pembaca boleh berhenti (Waqaf) pada akhir perkataan yang berwarna hijau dan memulakan semula bacaan di awal perkataan yang berwarna hijau dan tidak perlu memulakan bacaan di awal perkataan berwarna merah.

 WARNA BIRU

Pembaca boleh berhenti di akhir perkataan yang berwarna biru dan memulakan semula bacaan pada perkataan selepasnya dan tidak perlu mengulang kembali perkataan yang berwarna biru itu.