Cart 0
j.png

Al-Mu'in Al-Mubin Jilid 1 & Jilid 2 Pelajaran Feqah

RM 36.10 RM 38.00


Masyarakat Islam di Malaysia hari ini sudah mulai menyedari terhadap hukum-hukum agamanya yang mengenai ibadah itu hendaklah mempunyai sandaran-sandaran daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah supaya tiada lagi menjadi qurban bid'ah dan khurafat yang diada-adakan itu.

Di atas kesedaran inilah, maka Ustaz Syarif Zaini Daud telah pun berusaha menghasilkan sebuah kitab yang telah diterjemahkan dari Bahasa Arab ke dalam Bahasa Malaysia (Tulisan Jawi) yang diberi tajuk "Al-Mu'in Al-Mubin". Pengarang asal bagi kitab ini ialah Shahib Al-Fadhilah Al-Ustaz Abdul Hamid Hakim.
Kitab ini terbahagi kepada 4 jilid. Jilid 1 dan ke-2 dibukukan di dalam satu kitab. Manakala jilid ke-3 dan ke-4 akan menyusul kemudian.
Kitab yang berada di tangan pembaca ini adalah terdiri daripada jilid 1 dan ke-2.
Di antara kandungan jilid 1 adalah berkenaan: Kitab Ath Thaharah (Hukum Bersuci) dan Kitab Ash-Shalat (Bicara Sembahyang)
Manakala jilid ke-2 adalah berkenaan: Sambungan Kitab Ash-Shalat, Kitab Al-Jana'iz (Perkara Mati), Kitab Az-Zakat (Darihal Zakat), Kitab Asy-Syiam (Darihal Puasa) dan Kitab Al-Hajj Wal `Umrah (Darihal Haji dan `Umrah).
Dan sesungguhnya kitab ini asalnya adalah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman tanpa sebarang pindaan daripada teks asal agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat di dalam teks asal.