Cart 0
zzz1.png

Akulah Si Heroin!

RM 20.80 RM 26.00


Pernah tak anda bayangkan andalah heroin dalam sesebuah novel? Inilah yang berlaku kepada Aliya  Jasmine. Dia pernah berangan dialah heroin dalam novel yang tersusun di balik cermin kedai buku. 

Namun, angan-angan itu lenyap apabila pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka. Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru. Semuanua gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama 'Aliya J' hinggal tercetusnya salah faham di antara mereka.

"Kau memang miringlah. Kat Mikro, kau jadi Melur. Kat luar; kau jadi mental," - ALIF HAZIQ

Ha. Ha. Ha. Kau? Bidadara? Raksasa, yalah kut!" - ALIYA JASMINE

Disebabkan Suraya dan Farizul, si internet-internet tak bertauliah, akhirnya Haziq melamar Aliya.

 "Jadi isteri aku, Aliya Jasmine. Let me be your man," - ALIF HAZIQ

 "Genetik gila sepatutnya dihapuskan. Aku tak nak kembangkan pula!" - ALIYA JASMINE

 Berkali-kali Haziq melamar, berkali-kali jualah Aliya menolak... Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia... 

Baru mula hendak menerima satu sama lain. Fitnah dilempar sehingga Haziq mula mempertikaikan segala-galanya tentang mereka. Aliya pula menemui sesuatu milik Haziq yang membuatkan dia mempersoalkan ketelusan perasaan Haziq.

 "I'm starting to doubt everything. Kau betul-betul ikhlas dengan aku atau pun tidak?" - ALIF HAZIQ

 "Aku silap. Kau yang tak layak untuk aku. You don't deserve my heart, my loyalty and my trust," - ALIYA JASMINE 

Alif Haziq tidak layak untuk Aliya Jasmine. Aliya sudah pun putuskan itu tetapi kenapa hatinya sendiri bagaikan dirobek-robek? Haruskah dia mempercayai ungkapan rindu Haziq walaupun selepas lelaki itu nyatakan kebenciannya? Dan Haziq sendiri... Mampukah dia melepaskan Aliya, si heroinnya?

Aliya pula, bolehkah dia teruskan angannya dan hidup bahagia sebagaimana heroin di dalam sebuah novel?