Cart 0
aku, dia & pinky promise.png

Aku, Dia & Pinky Promise

RM 32.00 RM 40.00


'Be careful with what you wish far...'

Hambar. Itu gambaran hidup Siti Saleha pada usia 33 tahun ini. Kerjayanya tidak seperti yang diimpikan dan tunangnya pula? Bukan calon jejaka idamannya!

Apa yang Saleha inginkan cuma satu keajaiban. Keajaiban di mana dia boleh mengubah perjalanan hidupnya berbelas tahun yang lalu. Jika diberi peluang, ada 10 senarai yang ingin diubah.

Tanpa diduga, satu kejadian telah membawanya menikmati kembali kehangatan era muzik Backstreet Boys dan Siti Nurhaliza. Macam tak percaya, hajatnya tercapai! Dia kini kembali ke tahun 1998!

Misi untuk mengubah zaman silamnya kini bermula.

Tapi...

Apa yang dihajatinya tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kemunculan Azri, samseng sekolah yang tak pernah wujud dalam ingatannya, baik di masa silam mahupun di masa depan telah menghuru-harakan segalanya.

Siapakah Azri sebenarnya? Adakan kemunculan Azri akan membuatkan masa depan Saleha bertambah teruk daripada yang sebelumnya? Atau lelaki itu bakal mencorakkan masa depan yang lebih indah?