Cart 0
N299.png

Aku Ada Bila Perlu

RM 20.00 RM 25.00


Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Tiba-tiba hati Qhayrul sudah kena curi. Tanpa diduga, Yusra Dahliyaa telah menyelamatkan nyawa Qhayrul saat pertama kali mereka bertemu. Jantung Qhayrul terus berdegup laju. Ada perasaan luar biasa datang bertamu.

Idrus Wira. Pemergian pemilik Restoran Warisan Wira itu meninggalkan pelbagai tanda tanya. Isyraf Wira dan Irdina Wira menyangka hanya mereka berdua waris Idrus Wira. Akan tetapi, sewaktu pembacaan wasiat berlangsung, nama Qhayrul dan Yusra Dahliyaa turut tersenarai sebagai penerima harta.

“Saya tahu siapa saya. Ciri-ciri yang ada pada saya memang tak layak untuk awak. Tapi, saya dah nekad untuk berkahwin dengan Cik Yusra. Bukan sekadar untuk penuhi permintaan arwah, saya dapat rasakan kehadiran Cik Yusra sedang mengubah kehidupan saya.”

Hati Yusra Dahliyaa sudah tertutup untuk insan bernama lelaki. Namun, permintaan terakhir Idrus Wira menyebabkan takdir hidupnya berubah.

“Mana ada saya pandang awak.”
“Ke… awak nak cium saya?”
“Mana ada. Kenapa cakap macam tu pula?”
“Kalau saya yang pandang Cik Dahliyaa, saya yang terasa nak cium Cik Dahliyaa sekarang ni.”

Perlahan-lahan, kesedihan yang Yusra Dahliyaa pendam selama enam tahun terpadam. Dan, selama enam tahun juga, ada rahsia yang belum terbongkar.